Bahasa Malaysia
Ruang ini khas untuk nukilan saya dalam Bahasa Malaysia. Penamoli menggunakan Bahasa Inggeris yang juga Lingua Franca untuk penyesuaian pembaca di negara Ingeris yang kini saya bermastautin. Namun, kerana cinta kepada Bahasa Malaysia dan ingin terus menulis dan menyumbang dalam bahasa indah ini, saya membuka ruang Bahasa Malaysia di blog Penamoli. Laman ini juga sebagai tanda penghargaan kepada guru-guru, rakan sesekolah, rakan sekerja, kenalan dan pengikut setia saya yang masih mengingati nama Teynmoli Subramaniam, walaupun sudah lama tidak tampil di kaca TV 3.
Tahun ini genap 20 tahun jika saya masih dalam bidang kewartawanan TV. Ruang ini membuka babak baru, untuk saya terus mendekati anda menerusi penulisan dalam bahasa yang elok dan indah ini.
Ya, September, 2020, menandakan 13 tahun saya menetap di United Kingdom, UK . Dalam tempoh 13 tahun ini, jarang sekali berpeluang bertutur dalam bahasa Malaysia kecuali bertembung dengan rakan senegara atau mereka yang melancong ke negara ratu ini.
Sudah tentu , hati girang apabila berpelung untuk bertemu, bersalam dan bertutur dalam bahasa kita. Jadi, selamat bertemu kembali bersama saya, Teynmoli Subramaniam menerusi laman blog Penamoli, penamolipunya , ruang nukilan pena Teynmoli Subramaniam dalam Bahasa Malaysia.
Comments